[Foto] Tunang Intan Najuwa Beza 16 Tahun
Majlis pertunangan pelakon Intan Najuwa Abd Wahid, 22, dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 telah berlangsung kelmarin di Hotel Thistle, Johor Bahru.
Dia masih bujang dan bukan berstatus duda seperti tanggapan orang. Jarak usia 16 tahun juga bukan halangan untuk saya memilihnya sebagai calon suami.
Berkawan setahun yang lalu
Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu, dia dan Razrul bermula sebagai kawan kira-kira setahun lalu.
Saya mula melihat keserasian kami berdua selepas hubungan kami menjadi serius. Hati saya terbuka untuk menerima lamarannya kerana sikap matang yang ada padanya. Dia juga turut memahami agenda seni saya yang padat.
Hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat
Berkata pada Harian Metro, Intan pada mulanya dia tidak merancang untuk mengadakan majlis pertunangan yang serentak dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 22 tahun.
Selepas membawa si dia bertemu keluarga, mereka pun bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan kami.
Majlis pertunangannya hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.
Menafikan merahsiakan pertunangan
Ditanya kenapa dia merahsiakan berita pertunangannya itu dari pihak media, Intan menafikannya.
Jika berahsia, saya tidak akan memuat naik status dan gambar majlis pertunangan di Instagram. Saya mengadakan majlis pertunangan di Johor Bahru dan hanya untuk ahli keluarga terdekat.
Insya-Allah, saya juga akan mengundang pihak media untuk majlis akad nikah dan resepsi yang akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan.
Sumber: Metro Online, Instagram Intan Najuwa