Februari 2020 Bakal Menyatukan Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson
Pasangan pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan bahawa mereka bakal menamatkan zaman bujang pada Februari 2020.
Mereka bagaimanapun belum mempunyai tarikh spesifik untuk dikongsikan.
Insya-Allah, kami akan berkahwin pada Februari 2020. Buat masa sekarang, belum ada tarikh spesifik, tapi kami akan kongsikan apabila sudah ada tarikh sesuai.
Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur
Zahirah pula berkata, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Tarikh perkahwinan juga kami perlu sesuaikan dengan lokasi. Kalau kami sebut tarikh, tapi belum ada lokasi, tak boleh juga kan.
Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-duanya akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Bertunang Jun lalu di Australia
Aiman dan Zahirah mula mengenali satu sama lain sejak hampir tiga tahun lalu serta mula rapat pada November 2018.
Mereka mengikat tali pertunangan pada Jun lalu di Australia.
Aiman dan Zahirah membuat pengumuman itu di sebuah kafe di Ara Damansara dan turut hadir, bapa Aiman, Datuk Ridza Abdoh serta bapa Zahirah yang juga pelakon, Zainol Johari MacWilson.
Sumber: Metro Online