Denda Telan Cacing Hidup Akibat Gagal Capai Sasaran Jualan
Sebuah video tular di internet menunjukkan seorang kakitangan di sebuah syarikat hiasan di China yang “kurang berprestasi” dipaksa menelan cacing hidup selepas gagal mencapai sasaran jualan.
Ada yang tidak dapat memasukkan cacing ke dalam mulut dan mereka dinasihatkan membungkus cacing tersebut dengan tisu dan menelannya terus.
Kedengaran suara seorang lelaki di dalam video tersebut mengatakan;
Kadang-kala ia akan meletup dalam mulut anda ketika anda menggigitnya.
Telan semuanya termasuk tisu sekali.
Tindakan disiplin dianggap jenaka
Rakaman itu dipercayai dirakam di pejabat Bijie Sanhe Pinwei Decorating pada 25 Mei berikutan jualan yang tidak memberangsangkan dan tindakan disiplin itu dianggap sebagai jenaka, menurut laporan media tempatan.
Pemberi maklumat yang melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa tempatan berkata antara pilihan hukuman yang lain termasuklah membayar denda sebanyak 500-RMB (RM 300.00), membersihkan tandas pejabat selama 15 minit atau membelanja seluruh staf sarapan pagi.
Kebiasaannya kakitangan syarikat dihukum dengan melakukan squat atau makan telur mentah, namun tindakan disiplin telah “ditingkatkan” bulan lalu.
Pihak berkuasa daerah Qixingguan mengesahkan mereka sedang menyiasat insiden tersebut tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.
Hasil siasatan akan diumumkan oleh kerajaan setelah kata putus disimpulkan.
Sumber: Daily Star