Beli Dinosaur Online, Bapa Terkejut Tengok Saiz Sebenar
Seorang bapa terkejut apabila menerima patung dinosaur bersaiz gergasi untuk dihadiahkan kepada anaknya.
Andre Bisson menghabiskan £ 1,000 (RM 5,400.00) pada haiwan pra-bersejarah itu secara dalam talian untuk anaknya berusia 4 tahun.
Terpaksa alihkan guna kren
Ketika penghantaran barang tersebut, Andre terkejut apabila replika dinosaur bersaiz gergasi tiba di rumahnya di Guernsey, Normandy hingga terpaksa dialihkan menggunakan kren
Dia menyangka saiz dinosaur itu setinggi tiga meter sahaja, namun yang tiba adalah dua kali ganda.
Ia dijual dalam internet, hanya ada gambar. Nak ukur saiz pun tak boleh, tiada butiran lanjut mengenai patung itu. Jadi saya terus beli.
Saya memang tahu ia besar tetapi tidak sangka ia memiliki ketinggian enam meter.
Menerusi Facebooknya, patung dinosaur Carnotaurus itu ditempatkan di taman di rumahnya.
Ketika saya melihat saiznya, saya hanya tertawa dan pergi membeli rantai yang kukuh untuk dijadikan tali.
Sumber: Sinar Harian, Mail Online