Bapa Disaman, Anak Calarkan 10 Kereta Audi
Seorang lelaki di China terpaksa membayar pampasan berjumlah AS$10,000 (RM41,417) selepas anaknya mencalarkan 10 kereta mewah jenis Audi.
Lelaki yang dikenali sebagai Zhao datang ke sebuah pengedar kereta Audi di Guilin bersama isteri dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.
Pasangan itu melihat kereta dan mendengar penerangan yang diberikan jurujual serta membiarkan anak mereka bermain sendiri.
Akibat kebosanan, kanak-kanak itu mengambil batu dan mencalarkan 10 kereta termasuk model Audi Q8 yang bernilai kira-kira AS$142,000 (RM588,139).
Tidak boleh dijual sebagai kereta baru
Akibat kerosakan yang dilakukan kanak-kanak itu, pengedar kereta berkenaan menyaman Zhao dan memintanya membayar kos ganti rugi berjumlah AS$28,400 (RM117,627).
Pengedar kereta itu memberitahu, mereka tidak boleh mengecat semula calar pada kenderaan berkenaan dan menjualnya sebagai kereta baru kerana ia menyalahi undang-undang.
Mereka perlu menjual kereta itu dengan kerosakan berkenaan tetapi pada harga yang lebih murah.
Zhao pada mulanya enggan membayar pampasan berkenaan tetapi selepas berbincang dia bersetuju membayar AS$10,000 kepada pengedar kenderaan itu.
Sumber: Harian Metro, Oddity Central