Aksi ‘Drift’ Di Stesen Minyak, Pemilik Stesen Serah Diri
Dua lelaki ditahan polis selepas aksi berbahaya ‘drift’ di dalam kawasan stesen minyak di Jejawi, Kubang Gajah, Arau tular di media sosial baru-baru ini.
Dua lelaki termasuk pemilik stesen minyak berkenaan berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan selepas mereka menyerah diri ke Balai Polis Arau.
Pemilik stesen mengaku anjur aksi drift
Subaru BRZ yang disimpan di perkarangan rumah pemandu terbabit di Bintong dipercayai digunakan bagi melakukan aksi berkenaan turut dirampas.
Pemilik stesen minyak berkenaan mengaku dia yang menganjurkan aksi drift berkenaan di dalam kawasan stesen minyaknya manakala rakannya yang juga pemilik kedai aksesori kereta bertindak memandu kenderaan terbabit.
Mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan, kebakaran dan kerosakan kepada pelanggan stesen minyak.
Akan dituduh dalam masa terdekat
Kedua mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan dijangka akan dituduh dalam masa yang terdekat.
Kelmarin tular video aksi berbahaya drift di Facebook selama 16 saat yang dipandu lelaki di dalam kawasan stesen minyak.
Sumber: Harian Metro