Akibat Gigitan Lintah, Budak 4 Tahun Hampir Maut
Tindakan pantas Siti Hariaty Bee Ismail, 36 membawa Nur Adriana Bee Zulkarnain, 4, bertemu doktor dapat menyelamatkan nyawa anaknya daripada mengalami pendarahan teruk akibat gigitan lintah.
Doktor kata kalau saya terlambat, anak saya mungkin mengalami pendarahan yang teruk dan boleh membawa maut.
Nur Adriana mengalami pendarahan selepas lintah dipercayai masuk ke dalam kemaluannya ketika bermain banjir di rumahnya di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang.
Siti Hariaty hanya menyedari kejadian itu selepas ternampak kesan darah pada seluar anaknya itu kelmarin.
Pada mulanya saya sangka ia hanya luka biasa namun selepas diperiksa, saya terkejut apabila melihat darah keluar dengan banyak (pada kemaluan) dan mula mengesyaki lintah masuk di bahagian itu.
Menurut Siti, dia merasa pelik kerana anaknya langsung tidak menangis dan tidak berasa sakit.
Lintah masuk ketika anak bermain air banjir
Siti Hariaty berkata, dia perasan sejak dua hari lalu Nur Adriana kelihatan pucat mungkin kerana kehilangan darah yang banyak.
Saya rasa mungkin lintah itu masuk ketika anak bermain air banjir berhampiran rumah pada Ahad lalu.
Saya kemudian meminta bantuan jiran menelefon bomba untuk membawanya ke klinik berdekatan kerana rumah sudah terperangkap dengan banjir.
Pihak klinik mengarahkannya supaya terus membawa Nur Adriana ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan segera.
Pemeriksaan di hospital mendapati hanya terdapat kesan gigitan di bahagian dalam punggung dan Nur Adriana dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang semalam.
Sumber: BH Online