4 Maut Kerana Wabak Listeria Dari Cendawan Enoki
Wabak penyakit bawaan dari makanan telah membunuh empat orang dan sekitar 30 orang telah dimasukkan ke hospital di Amerika Syarikat.
Pegawai kesihatan Persekutuan telah mengesahkan bahawa cendawan enoki yang diimport dari Korea Selatan telah menyebabkan penyebaran wabak listeria.
Pembekal tarik balik cendawan
Menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 36 orang yang dijangkiti dari 17 negeri telah direkodkan setakat ini, termasuklah empat kematian dari California, Hawaii dan New Jersey.
Penyakit yang telah menjangkiti enam wanita hamil, dua dari mereka telah mengalami keguguran bermula dari 23 November 2016 sehingga 13 Disember 2019.
Pembekal cendawan tersebut yang berpangkalan di California, Sun Hong Foods, telah menarik balik cendawan enoki pada hari Isnin disebabkan kemungkinan pencemaran bakteria monocytogenes Listeria, menurut pengumuman syarikat yang dipaparkan di laman web FDA.
Elak makan cendawan enoki dari Korea
Ujian yang telah dilakukan mendapati bahawa sampel dari produk yang diuji positif untuk monocytogenes Listeria.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan makan mana-mana cendawan enoki yang dilabel sebagai “Produk Korea”.
Walaupun listeriosis boleh dirawat dengan antibiotik, untuk mengesannya boleh menjadi satu cabaran kerana ia memberi simptom yang berlainan pada setiap pesakit.
Sesetengah pesakit mungkin mengalami sakit kepala, kekejangan leher, hilang keseimbangan, demam, sakit otot dan sawan.
Sumber: NextShark