Tipu Dan Ugut Pelancong, Denda Cukur Bulu Kening
Dua orang remaja dicukur bulu kening oleh pegawai polis sebagai hukuman atas tuduhan penipuan bayaran tempat letak kereta.
Rakaman video menunjukkan kedua-dua budak lelaki tersebut kehilangan kening setelah dicukur dengan menggunakan pisau cukur selepas mereka dilaporkan mengaku memeras wang dari pemandu di Indonesia.
Dua remaja tersebut dikatakan telah meminta bayaran dari pelancong di jalan mengadap Pantai Losari di Sulawesi Selatan pada 31 Oktober lalu.
Apabila pegawai polis tiba, mereka memutuskan untuk mengajar remaja tersebut.
Peringatan ringan buat remaja terbabit
Seorang pelancong telah melaporkan kejadian pada polis selepas menolak tuntutan remaja tersebut, malah dikatakan mengancamnya.
Pegawai polis akhirnya menemui pelaku itu dan mereka mengakui telah membuat penipuan tersebut dan meminta maaf di hadapan pemandu kenderaan tersebut.
Iman Hud, ketua ketenteraman awam di Makassar berkata hukuman itu seharusnya tidak menggalakkan mereka daripada melakukan kesalahan lagi.
Hukuman itu berfungsi sebagai peringatan ringan agar mereka tidak mengulangi tindakan mereka lagi.
Bayaran tempat letak kereta di pantai telah dimansuhkan pada tahun 2015 untuk membantu sektor pelancongan di situ.
Rakaman menunjukkan kedua-dua remaja tersebut kelihatan sedikit tertekan ketika pegawai yang memakai penutup muka menggunakan pisau cukur.
Sumber: Mirror