Abang Bomba, Tolong Saya
Penderitaan seekor anak kucing yang kepalanya tersekat disinki dapur yang tidak digunakan di Taman Pulai Indah, Johor Bahru berakhir dengan bantuan bomba.
Pegawai Bomba Kanan ll, Suraini Adnan berkata pihaknya menerima panggilan dari jiran belakang rumah tempat sinki diletakkan pada 3 petang kelmarin.
Bahagian telinga kucing sudah bengkak
Tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba Skudai digegaskan ke lokasi bagi operasi menyelamat.
Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di lokasi didapati benar terdapat kucing tersangkut di lubang sinki yang tidak digunakan lagi.
Pada awalnya anggota bomba cuba mengeluarkan anak kucing itu secara manual menggunakan tangan, namun tidak berjaya kerana bahagian telinga kucing tersebut sudah bengkak.
Guna ram bar pecahkan sinki
Menurut Suraini Adnan, berdasarkan keadaan persekitaran, anak kucing itu tersekat hampir sehari.
Kami menggunakan alatan khas iaitu ram bar bagi memecahkan sinki tersebut.
Anak kucing tersebut berjaya diselamatkan tanpa sebarang luka dan kecederaan.
Sumber: Harian Metro, Facebook BBP Skudai