[Video] Bila BlackPink Berhijab & Ajak Pergi Tarawih
Lagu Kill This Love nyanyian kumpulan K-pop BlackPink masih menjadi pilihan ramai sehingga ke saat ini.
Rentak lagu yang catchy membuatkan ramai yang menyukainya, termasuklah sekumpulan wanita dari Indonesia ini.
Membuat video parodi ‘Let’s Pray With Love’
Menggelar diri mereka D’Kolonial, 5 orang wanita dari Bandung, Indonesia dalam lingkungan 40-an telah membuat parodi lagu popular itu dengan mesej mengajak umat Islam bertarawih di bulan mulia ini.
Video berdurasi 1 minit 50 saat itu menampilkan mereka dengan fesyen terkini anak muda namun masih berpakaian sopan sambil menari dengan agak lincah.
Lirik ditukar dengan mesej-mesej positif
Melodi lagu masih dikekalkan dengan lagu asal, hanya lirik sahaja yang ditukar dengan mesej mengajak penonton yang menonton video mereka mengerjakan ibadah solat sunat tarawih di samping mengenali jiran-jiran tetangga.
Apa yang mencuit hati ialah pemilihan lirik bersesuaian dengan bunyi seakan lirik lagu asal namun masih tidak menjejaskan mesej-mesej positif yang ingin disampaikan.
Sumber: D’Kolonial