‘Saya Gemar Ambil Gambar Selepas Bersenam’ – Hafidz Roshdi
Kerap memuat naik foto tidak berbaju di laman Instagram, pelakon Hafidz Roshdi tidak melihat tindakannya itu sebagai satu perkara negatif.
Hafidz menegaskan dia masih tahu menjaga batas apabila mengambil keputusan untuk berkongsi foto sedemikian di laman Instagram miliknya.
Ramai yang tegur mengenai perkara ini sehingga ada pengikut Instagram meninggalkan komen mengenai tindakan ini, tapi bagi saya, ia bukan satu isu besar.
Selagi masih menjaga batas dan tidak mendedahkan aurat, saya tidak rasa tindakan ini salah. Setiap gambar yang dimuat naik saya akan menutup bahagian pusat.
Terlebih dahulu, Hafidz akan menyunting foto-foto tertentu sebelum di muat naik ke Instagramnya.
Malah saya juga kerap memakai tali pinggang senaman yang menutup pusat supaya aurat tidak terdedah. Jika tidak, saya menyunting dahulu foto terbabit yang dimuat naik.
Aktif lakukan aktiviti kecergasan
Menurut Hafidz, dia sudah mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sebelum bergelar artis lagi.
Bagi peminat yang mengikuti saya di akaun Instagram lama sebelum ia digodam, pasti mereka tahu saya sudah lama aktif melakukan aktiviti kecergasan.
Foto untuk memotivasikan diri dan orang ramai
Hafidz turut berkata, dari dulu lagi dia memang suka berkongsi foto-foto terbabit untuk memotivasikan diri dan orang ramai.
Tujuan saya adalah untuk kekal sihat dan mendapat tubuh badan yang ideal. Malah, saya gemar ambil gambar selepas bersenam untuk melihat perkembangan badan supaya kelihatan lebih cergas.
Hafidz berharap tiada pihak salah faham atau menjaja cerita yang bukan-bukan tentang perkara itu.
Sumber: Metro, Instagram Hafidz Roshdi