‘Saya dan Abu Kini Dalam Proses Untuk Bercerai’ – Hana Azraa
Selepas dilanda kontroversi menceraikan isteri yang sedang hamil, peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini dihimpit kisah sensasi baru apabila rumah tangga perkahwinan keduanya pula dikatakan mulai retak.
Selepas dua bulan menceraikan Ain ‘Afini Latif, kebahagiaan yang diharapkan untuk perkahwinan terbaharunya bersama seorang ibu tunggal, Hana Azraa turut diuji.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Hana Azraa kepada mStar.
Tidak tinggal sebumbung
Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama.
Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.
Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya dengan anak-anak dan kerjaya.
Menerusi semakan mStar, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu.
Hubungan akan berakhir dengan baik
Tambah Hana, dia tampil mahu menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.
Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu, tak nak mereka salah faham tentang kami.
Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.
Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya Allah.
Hasil perkahwinan terdahulu PU Abu dan Ain ‘Afini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar yang dilahirkan pada 7 Jun lalu di Hospital Shah Alam.
Sumber: mStar