Aliff Aziz, Bella Astillah Cerai Talak 1
Kemelut rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.
Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula, hari ini.
Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.
Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menerusi siaran langsung di Facebook hari ini dan mendakwa ia adalah gambar lama.
Sampai sini saja jodoh saya dan Aliff
Bella turut memuat naik satu posting di Instagramnya sebentar tadi dan Bella berterima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan keluarga dan dirinya.
Alhamdulillah semua dipermudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff.
Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus-putus mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah SWT dan Bella redha. Allah SWT knows best.
Sumber: Metro, Instagram Bella Astillah