Wanita Terkejut Bilik Hotel Seperti Set Filem Seram
Seorang tetamu hotel menggigil setelah membuka pintu bilik hotelnya dan menemui adegan “langsung dari filem seram”.
Rebecca Hill menginap di hotel Liverpool’s Adelphi ketika dia mendakwa membuat penemuan yang mengerikan itu pada hari Jumaat 16 Oktober lalu.
Wanita berusia 42 tahun dari Neston itu mendaftar masuk hotel pada pukul 4 petang dan diberi kunci bilik bernombor 124.
Dia mendakwa situasi “seperti ada yang tidak kena” sejak dia memulas tombol pintu.
Sebaik saja saya membuka pintu, saya tahu seperti ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa pelik.
Darah berlumuran di seluruh cadar
Sebaik pintu dibuka, Rebecca menemui kotak di atas lantai dengan barang di dalamnya kelihatan seperti jerami.
Rebecca mengambil keputusan untuk melihat keseluruhan bilik tersebut dan menjumpai pelbagai perkara yang tidak sepatutnya ada.
Terdapat rumput kering di sudut lantai, dan bagi saya kelihatan seperti najis arnab di seluruh bilik.
Botol kosong, tin kosong. Kotak makanan semuanya bersepah.
Namun penemuan yang sangat memeranjatkan Rebecca ialah katil yang tidak berkemas dan dia dapati darah berlumuran di seluruh cadar.
Saya masuk ke bilik mandi dan buka pintu perlahan-lahan kerana fikir mungkin ada orang ke sini?
Najis arnab juga di dalam bilik mandi
Tab mandi dipenuhi dengan air dan terdapat lebih banyak jerami di sudut lantai dan kelihatan seperti najis arnab juga di sekitarnya.
Ia mengerikan, sangat mengerikan.
Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Rebecca mengambil beberapa gambar dengan cepat menggunakan telefonnya dan kembali ke kaunter pendaftaran.
Dengan badan yang masih menggigil ketakutan kerana terkejut, Rebecca menjelaskan kepada pekerja hotel apa yang telah dilihatnya.
Saya beritahu dia bahawa saya memerlukan minuman kerana dia sendiri dapat melihat saya gementar kerana terkejut.
Sumber: Mirror