[Viral] Fizikal Anjing Menyerupai Seekor Zirafah
Cleo, anjing baka Silken Windhound yang berusia 16 bulan, menjadi viral di media sosial kerana kakinya yang sangat panjang, mempunyai ribuan peminat setia yang mengikuti setiap aktivitinya.
Anjing baka Silken Windhound lebih mirip kepada zirafah daripada anjing kerana keunikan yang dimilikinya.
Cleo diambil oleh pemiliknya kini, Claire Puissant, 23, dari seorang penternak di Ohio.
Punyai akaun Instagram sendiri
Kini anjing tersebut mempunyai akaun Instagramnya sendiri dengan 26,700 pengikut yang mengagumkan, di mana peminat memuji tentang anjing yang luar biasa itu.
Kaki panjang Cleo adalah sifat keturunannya, dia adalah ‘sighthound’ dan mempunyai keturunan dari anjing pemburu terutamanya aerodinamik dan ramping.
Menurut Claire, Cleo boleh menjadi sangat penyayang tetapi juga berdikari.
Bintang media sosial itu tinggal bersama anjing baka Borzoi berbulu putih berusia empat tahun bernama Abeline di Wisconsin, Amerika Syarikat.
Claire yang bekerja sebagai saintis makmal, membela Cleo pada tahun 2019 dan mengatakan ramai orang menyukai penampilannya yang menarik.
Sukar cari pakaian sesuai pada mulanya
Di Instagramnya, Cleo boleh didapati beraksi sangat menarik dalam pelbagai pakaian berwarna-warni.
Mencari pakaian Cleo sebenarnya jauh lebih sukar daripada apa yang difikirkan, produk yang dijual secara komersial tidak pernah cukup panjang untuk Cleo dan sering kelihatan seperti baju itu senteng.
Claire bernasib baik kerana menemui beberapa jenama Sighthound yang digemarinya dan mempunyai rakan yang sangat berbakat yang boleh menjahitkan pakaian buat Cleo.
Claire pada mulanya mencipta akaun untuk Cleo hanya untuk dirinya sendiri, namun kemudiannya terkejut dengan reaksi yang diterima.
Rata-rata peminat meninggalkan komen yang positif terhadap anjing yang kelihatan unik itu di media sosial.
Anda boleh menjadi model. Model nombor satu. Anda mempunyai kemampuan untuk itu.
Sumber: Mirror