[Viral] Biawak Gergasi ‘Shopping’ Dalam Pasar Raya
Beberapa pembeli menyaksikan pemandangan yang menakutkan ketika melihat seekor biawak gergasi bersaiz enam kaki di sebuah kedai serbaneka, memanjat rak untuk mencari makanan.
Rakaman menyeramkan itu dirakam di sebuah kedai 7-Eleven di Nakhon Pathom, Thailand.
Reptilia gergasi itu dipercayai keluar dari sebuah terusan berhampiran sebelum merangkak ke kedai tersebut.
Narumpa Tangsin, saksi yang merakam kejadian itu mengatakan dia takut untuk mendekati biawak gergasi itu, yang menurutnya ia boleh membahayakan jika marah.
Saya hanya berhenti di kedai untuk membeli makanan dan terlihat biawak gergasi di dalam. Saya mahu membeli minuman namun haiwan itu terlalu dekat dengan Lorong minuman.
Saya rasa mungkin kedai itu mempunyai segalanya, bahkan untuk biawak.
Keluar mencari makanan
Pekerja dan pelanggan bersembunyi di belakang kaunter sementara reptilia itu memanjat naik ke rak dan menjatuhkan beberapa kotak susu ke lantai.
Pembantu kedai yang bimbang dengan keselamatan, menelefon polis yang kemudiannya tiba bersama pengendali reptilia dan menjerat biawak gergasi itu.
Makhluk besar yang luar biasa itu dipercayai bersusah payah mencari makanan di luar, berikutan cuaca kering selama berbulan-bulan dengan taburan hujan yang sedikit.
Sumber: Mirror