Terkejut Mainan ‘Play Dough’ Menyerupai Otak Berdarah Busuk
Seorang ibu terkejut dan gementar menghubungi polis selepas membuka play dough yang rosak dan menyerupai otak yang berdarah.
Courtney Seals, dari Corinth di Mississippi, telah mendail 911 setelah mendapati mainan yang dibelinya jenama Kiddy Dough dari sebuah kedai pada hujung minggu lalu berwarna merah.
Courtney membeli tiga bekas permainan itu termasuklah warna kuning dan biru.
Tidak pernah lihat play dough seperti itu
Bekas dough yang berwarna kuning dan biru kedua-duanya elok, tetapi Courtney terkejut ketika membuka bekas merah dan kemudian berkongsi gambar kandungannya yang berwarna coklat dan kelihatan seperti otak.
Ia juga mengandungi bahan berwarna merah seperti jeli dan mengeluarkan bau amonia.
Ini bukan Kiddy Dough. Ia adalah otak atau kemungkinan organ, boleh jadi juga sebahagian badan.
Saya tidak pernah melihat mana-mana ‘play dough’ seperti ini dan saya cari info di internet jika kes seperti ini pernah berlaku sebelum ini namun tidak ada satu pun laporan.
Kerana merasa sangat jijik dan agak trauma, Courtney menghubungi polis yang kemudiannya tiba untuk memeriksa bahan tersebut.
Kegagalan semasa proses pembuatan
Ujian terperinci dough tersebut kemudiannya membuktikan ianya terlalu lembut dan licin untuk menjadi otak atau bahagian badan yang lain, dan ia dikenalpasti mengalami kegagalan semasa proses pembuatan.
Ini hanya kumpulan produksi yang rosak atau mungkin awal atau akhir kumpulan dan ada yang tidak kena dengan formulanya.
Menurut laporan The Sun Herald, Courtney telah meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan dengan memuatnaik pos di Facebooknya yang telahpun dikongsi lebih dari 300 kali.
Sumber: Metro UK