Syarikat Pasang ‘Digital Timer’ di Tandas Pekerja
Sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Beijing, Kuaishou baru-baru ini menimbulkan kemarahan di media sosial China setelah video ‘pemasa digital’ (digital timers) yang dipasang di tandas pekerja menjadi viral dalam talian.
Foto menunjukkan pemasa digital tergantung di setiap kubikel dan sensor kecil dipasang di pintu bilik untuk mencetuskan pemasa.
Melanggar hak asasi manusia
Pengguna media sosial China mengecam syarikat tersebut kerana memantau dan mengira masa pekerjanya semasa di dalam bilik air untuk meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat.
Beberapa pihak menyebut praktik itu melanggar hak asasi manusia dan privasi.
Namun begitu, ada juga yang mempertahankan syarikat itu dengan mengatakan beberapa pekerja menyalahgunakan waktu semasa di dalam tandas dan menggunakannya sebagai peluang untuk membuang masa dengan telefon mereka.
Selesaikan masalah kekurangan tandas
Akhirnya pihak Kuaishou mengeluarkan penjelasan dan mendakwa bahawa pemasa itu bukan bertujuan untuk membatasi penggunaan tandas pekerja tetapi untuk menyelesaikan masalah kekurangan tandas yang serius.
Bangunan pejabat Kuaishou dilaporkan mengalami kekurangan tandas dan kerana susun aturnya, kemudahan baru tidak dapat dibina.
Syarikat itu mengatakan mereka memutuskan untuk memasang pemasa digital itu yang berfungsi sebagai kaunter, untuk melihat berapa ramai orang yang menggunakan tandas dan berapa lama masa digunakan, untuk menentukan berapa banyak tandas mudah alih yang perlu dipasang untuk menampung kakitangannya.
Walaupun penjelasan tersebut masuk akal, namun ramai pengguna media sosial tidak yakin dan berkata syarikat tersebut hanya berminat untuk meningkatkan keuntungannya dengan cara yang diperlukan.
Sumber: Oddity Central