Remaja Sedar Dari Koma Tidak Tahu Tentang Covid-19 Walaupun 2 Kali Dijangkiti

Seorang remaja yang koma sebelum penularan wabak koronavirus akhirnya tersedar selepas mengalami kemalangan kereta yang mengerikan.
Joseph Flavill, 19, mengalami kecederaan otak yang teruk akibat kemalangan kereta pada 1 Mac lalu.
Pelajar A-Level itu sedang berjalan di pejalan kaki ketika perlanggaran itu berlaku di Burton, Staffordshire.
Kemalangan itu berlaku tiga minggu sebelum perintah berkurung pertama berkuat kuasa di England pada 23 Mac tahun lalu.
Joseph ditempatkan di Leicester General Hospital dan hanya ibunya, Sharon Priestley, yang dapat melawat kerana larangan Covid.
Terangkan tentang Covid-19
Ahli keluarga Joseph turut berkata dia pernah dijangkiti virus tersebut dua kali, satu kali ketika dia masih dalam keadaan koma dan sekali lagi ketika dia sudah sedar dari koma.
Keluarganya kini terpaksa menjelaskan kepadanya tentang Covid-19, perintah berkurung dan penjarakan sosial kepadanya kerana dia tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
Joseph berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan dengan hanya mengelip mata dan tersenyum.
Sebelum kemalangan itu, Joseph sangat cergas, sihat dan suka bersukan.
Sumber: Daily Star