Pesan Burger Tapi Tak Nak Daging Dan Roti?
Satu pesanan yang pelik diterima oleh McDonald’s dari seorang wanita telah menjadi tular di Instagram.
Katie Poole, seorang ibu di Toronto, Kanada, membuat permintaan itu selepas menikmati minuman bersama suaminya, Jody.
Katie sangat spesifik tentang apa yang dipesannya, seperti buang sos mustard, bawang dan jeruk timun dari burgernya.
Yang peliknya, dia juga memilih untuk membuang roti dan daging burgernya juga.
Bayar penuh harga sos tomato
Suaminya menjelaskan, mereka mengambil minuman keras malam tersebut sebelum Katie mengatakan burger daging McDonald akan menghilangkan mabuknya.
Katie adalah seorang yang akan melakukan pengubahsuaian dan gemar yang klasik, tanpa jeruk timun, bawang dan lain-lain.
Jadi inilah yang dia pesan, tidak mahu jeruk timun, bawang, mustard, roti, daging…
Pihak McDonald’s akhirnya menghantar 2 peket sos tomato kepada mereka.
Hantaran Jody telah mendapat banyak tanda suka dan ramai yang terhibur dengan pesanan McDonald yang tidak masuk akal itu.
Ini adalah perkara kegemaran saya. Saya masih ketawa. OMG!
Katie juga melihat insiden itu dari sisi lucu.
Dia menjawab #Whoops dan mengakui dia telah membayar penuh harga untuk beberapa peket sos tomato yang diterimanya.
Sumber: Daily Star