Pesakit 7 Tahun Rayu Doktor Biarkannya Mati
Seorang budak perempuan dari Mexico, merayu doktor supaya membiarkannya mati selepas mengalami kecederaan yang mengerikan akibat penderaan bertahun-tahun oleh ibu bapanya dan juga seorang pakciknya, akhirnya meninggal dunia selepas berbulan-bulan berada di dalam ICU.
‘Yaz’ yang berusia 7 tahun, dimasukkan ke hospital setelah teruk dipukul pada 21 Ogos lalu.
Saya mahu mati, jangan rawat saya lagi.
Kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia di Hospital de Las Margaritas pada 28 Disember baru-baru ini.
Yatziri meninggal dunia kerana kegagalan multi-organ, namun tidak ada maklumat lebih lanjut, menurut laporan media tempatan.
Tidak mahu kembali kepada ibu bapa
Seorang jiran membawa kanak-kanak tersebut ke hospital di mana dia didiagnosis mengalami pendarahan dalaman, tanda-tanda rogol, luka terbakar belakang badan dan paru-paru tidak berfungsi.
Setibanya di hospital, mangsa memberitahu doktor bahawa dia ingin mati dan jangan merawatnya kerana dia tidak mahu kembali kepada ibu bapanya yang akan berterusan memukulnya.
Ayahnya, Rafael dan ibunya, Alejandra Viridiana, kedua-duanya telah ditahan dan sedang disiasat kerana mendera anak perempuan mereka.
Polis turut mengesan bapa saudaranya yang masih bebas kerana didakwa merogol mangsa berulang kali.
Yatziri mempunyai seorang adik perempuan berusia tiga tahun bernama Mitzy yang dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika tidur pada bulan Jun tahun ini, dan polis telah membuka semula kes tersebut.
Yatziri sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital dengan tanda-tanda trauma dan kecederaan serius di seluruh tubuhnya sejak tahun 2019, begitu juga pada bulan Februari, Mei, dan Ogos 2020, namun tidak ada tindakan yang diambil terhadap ibu bapanya.
Sumber: Daily Mail