Personaliti TikTok Merana Guna Gam Sebagai Penyembur Rambut
Seorang personaliti media sosial yang menggunakan gam industri untuk menata rambutnya berakhir di hospital setelah ia gagal dibersihkan selepas satu bulan.
Tessica Brown, yang memiliki hampir 688,000 pengikut TikTok, menggunakan ‘Gorilla Glue’ sebagai pengganti penyembur rambut biasa.
Dia memaksa dirinya pergi ke A&E di St Bernard Parish Hospital di Chalmette, Louisiana.
Tessica mengatakan dia kehabisan semburan rambut dan menyesal menggunakan alternatif lain dengan menggunakan gam yang direka untuk melekatkan kayu pada perabot.
Rambut saya, ia tidak bergerak, anda dengar apa yang saya katakana – ia tidak bergerak.
Walaupun rambutnya telah dicuci lebih dari 15 kali, rambutnya tetap bergam dan tidak berubah.
Rambut saya seperti ini selama kira-kira sebulan sekarang.
Menderita sakit kepala
Dalam sebuah video susulan, dia mengatakan gam itu telah bersatu dengan rambutnya dan dia tidak dapat mencukurnya, malah menderita sakit kepala yang menyakitkan.
Selepas klip videonya ditonton sebanyak 15 juta kali, Tessica mendaftar masuk ke hospital pada hari Sabtu dan mendokumentasikan perjalanannya dalam beberapa post di Instagram.
Dalam sebuah video terbaru di YouTube, personaliti media sosial itu kelihatan menangis dan bergerak-gerak menahan kesakitan ketika sedang diberi rawatan.
Menurut jurucakap ‘Gorilla Glue’, ia adalah mustahil untuk menanggalkan gam tersebut tanpa pergi ke hospital.
Jika rambut Cik Brown benar-benar melekat selama sebulan, kemungkinan besar rambutnya patah di akarnya. Semoga yang terbaik buatnya.
Sumber: Mirror