Penceroboh Hotel Tidak Disangka Rupanya Seekor Kambing
Seorang pemilik hotel di utara Wales terkejut apabila pelawat yang tidak diundang tiba di tengah malam.
Tracey Zbinden sedang tidur di rumah tumpangannya di Llandudno ketika dia mendengar bunyi aneh di luar bilik tidurnya pada jam 2 pagi.
Belle Vue House Holiday Apartments ditutup semasa perintah berkurung dan pemilik mengesyaki seorang penceroboh sedang memanjat tangga.
Saya kurang tidur, kerana memikirkan semua masalah kewangan yang kami alami kerana pandemik Covid-19.
Tracey mengejutkan anak perempuannya Joey Staerkle dari tempat tidur di apartmen yang sama.
Bersama-sama, mereka berjalan perlahan-lahan ke arah pintu dan Joey turut memegang telefon bimbitnya sekiranya dia perlu menghubungi polis.
Penceroboh tinggalkan bau
Joey berdiri di belakang Tracey dengan kamera telefon untuk mengambil gambar sebagai bukti jika perlu.
Bila kami melihat kambing itu, Joey mengambil gambar dengan cepat dan kami berdua mulai ketawa.
Kambing itu cepat-cepat meninggalkan rumah tamu tersebut dan meninggalkan bau di permaidani.
Selepas itu, Tracey baru tersedar bagaimana “penceroboh” itu berjaya masuk.
Sebelum tidur, saya akan membawa anjing keluar untuk bermain-main dan saya mesti terlupa mengunci pintu di sebelah kiri.
Tracey menyangka anaknya telah menguncinya, namun anaknya turut berfikiran begitu juga.
Menurut Tracey, kerap juga kebunnya dikunjungi kambing sebelum ini.
Sumber: Daily Star