Peguam Tak Sengaja Guna Imej ‘Kucing Sedih’ Di Zoom Semasa Perbicaraan Mahkamah
Seorang peguam dengan panik mengatakan kepada hakim ‘saya bukan kucing’ setelah secara tidak sengaja menggunakan filter anak kucing semasa perbicaraan mahkamah di aplikasi Zoom.
Adegan lucu itu berlaku semasa perbicaraan siaran langsung di sebuah mahkamah di Texas, Amerika Syarikat.
Dalam video lucu itu, ketua hakim, Roy Ferguson kedengaran memberitahu peguam, Rod Ponton, supaya menutup tetapan penapisnya.
Saya yakin anda telah membuka penapis dalam tetapan video. Anda mungkin mahu…
Saya bukan kucing
Peguam tersebut yang menyedari perkara itu berkata dia tidak tahu cara untuk menghilangkan kucing tersebut.
Dia yang turut dibantu oleh pembantunya berusaha sedaya upaya.
Saya di sini secara langsung. Saya bukan kucing.
Video untuk tujuan pendidikan
Hakim tersebut telah berkongsi video itu dia media sosial dan menjadi viral.
Video tersebut telah ditonton berjuta-juta kali.
Beliau turut meninggalkan pesanan tentang ‘tip zoom penting’.
Anak kucing ini baru saja membuat pengumuman rasmi mengenai sebuah kes.
Beliau turut berkata, di sebalik amaran kehakiman bahawa adalah satu kesalahan menghina mahkamah dengan merakam video, namun dia memberi kebenaran untuk ‘tujuan pendidikan’.
Kucing dikeluarkan selepas 30 saat
Dalam sebuah wawancara bersama San Antonio Express News tentang kejadian itu, peguam terbabit mengatakan ‘kucing’ itu berjaya dikeluarkan selepas kira-kira 30 saat dan mahkamah meneruskan perbicaraan.
Tentunya bukan sesuatu yang disengajakan untuk meletakkan gambar kucing tetapi kecelakaan terjadi.
Perbicaraan mahkamah telah mula diadakan dari jarak jauh sejak awal pandemik dan adalah satu kesalahan untuk membuat rakaman di ruang mahkamah termasuklah perbicaraan secara maya.
Sumber: Mirror, Twitter Judge Ferguson