Palsukan Kematian Suami Untuk Tambah Pengikut Tik Tok
Seorang bintang Tik Tok telah dituduh memalsukan kematiannya dalam usaha untuk mendapatkan lebih ramai pengikut.
Adil Rajput dan isterinya dikecam oleh peminatnya yang marah setelah video yang dimuatnaik ke akaunnya oleh isterinya mendakwa dia telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta.
Dalam sehari, dia menyiarkan pula video lain yang menyatakan dia sebenarnya masih hidup, hal itu menyebabkan TikTokers menuduh duo itu sengaja membuat cerita palsu untuk popular.
Masjid tempatan turut umum kematian
Influencer terkenal dari Rahim Yar Khan, Pakistan, kononnya “meninggal dunia” akibat kemalangan kereta pada 15 September menurut isterinya, dengan menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menyampaikan berita buruk itu kepada 2.9 juta pengikutnya.
Sambil menangis, dia mengatakan dia telah menerima panggilan yang mengatakan suaminya terlibat dalam kemalangan kereta dan meninggal.
Adil tidak lagi bersama kita.
Berikutan itu, video tersebut menjadi viral dan peminat mula berkumpul di luar rumahnya untuk memberi penghormatan terakhir.
Menurut Geo.TV, masjid tempatan juga membuat pengumuman kematiannya setelah berita itu tersebar.
Bagaimanapun, bintang media sosial itu “ditemui masih hidup” di kediamannya tidak lama kemudian, menyebabkan peminat menjadi berang dan marah.
Dakwa suami sebenarnya pengsan
Isterinya kemudian menyiarkan video lain pula dan mengatakan bahawa Adil sebenarnya telah pengsan dan dia menyangka suaminya telah meninggal.
Namun peminat tidak yakin bahawa itu hanya “salah faham” dan mereka telah menyuarakan kemarahan mereka di media sosial.
Saya bersumpah saya tidak tahu mengenai lelaki ini, tetapi setelah berita kematian palsu untuk publisiti dan kemasyhuran palsu, saya menyedari bahawa TikTokers hanya sampah.
Nama Adil Rajput menjadi popular di nombor dua di Twitter, di mana peminat mengatakan bahawa dia “dapat apa yang dia mahukan”.
Trending, dapat kemasyhuran… Itu sahaja yang mereka mahukan. Tak tahu malu!
Sumber: Daily Star