Monyet Nakal Buat ‘Onar’ Tepi Tingkap Kereta Pengunjung Safari
Percutian sekeluarga ke sebuah zoo telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan setelah dua ekor monyet dirakam melakukan hubungan intim di sebuah kereta yang jaraknya hanya beberapa sentimeter dari penumpang.
Chloe dan Alex Pope, dari Bristol, membawa tiga anak mereka ke Longleat Safari Park di Wiltshire minggu lalu untuk percutian yang menyeronokkan.
Chloe mengatakan dia berjaya merakam momen “lucu” tersebut dan memuatnaik di Facebook dan mengatakan dia dan suaminya tidak dapat berhenti ketawa bila melihat gambar itu semula.
Dalam gambar tersebut, kedua ekor monyet tersebut dilihat berdiri di tingkap kereta keluarga tersebut sambil melakukan hubungan intim.
Seekor monyet kelihatan sedang menumpukan tumpuan pada pasangannya, manakala yang seekor lagi menatap lurus ke dalam kereta dan memandang tepat pada Alex.
Berjaya keliling safari tanpa sebarang masalah
Keluarga itu berjaya mengelilingi taman safari tersebut tanpa sebarang calar, tetapi terkejut setelah menangkap aksi dua ekor monyet di hadapan bonet kereta mereka.
Alex yang bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat menuding jari pada haiwan tersebut sambil ketawa sementara beberapa ekor monyet yang lain mula memanjat atas bonet keretanya.
Saya sedang merakam video dan gambar monyet di situ dan saya berjaya menangkap detik itu dalam beberapa saat.
Ia adalah saat yang menggelikan hati. Saya tidak pasti anak-anak menyedari apa yang berlaku….
Longleat Safari and Adventure Park di Wiltshire, England, dibuka pada tahun 1966 sebagai taman safari pertama di luar Afrika.
Sumber: Daily Star