Kek Hari Jadi Yang Tak Berapa Jadi
Seorang wanita yang mendapatkan khidmat pembuat kek “professional” untuk ulang tahun ke-30 abangnya terkejut apabila menerima kek tersebut.
Sam Faulkner, yang tinggal di Calcot, menghubungi seorang pembuat kek setelah melihat kek bertemakan ‘memancing’ di Pinterest dan dia tahu abangnya Graham pasti akan menyukainya.
Wanita tersebut menghubungi “Emma Beth Mh” di Facebook.
Seperti dibuat oleh kanak-kanak
Apa yang memeranjatkan Sam, ketika kek itu diterimanya, bukan sahaja kek itu tidak kelihatan seperti yang dia minta, malah ada beberapa bulu anjing diatasnya.
Ibunya Sue Faulkner telah membawa isu tersebut ke laman Facebook Kumpulan Perbincangan Penduduk Earley dan menulis; “Kek di sebelah kiri adalah apa yang dipesan tetapi kek di sebelah kanan adalah yang kami dapat! Trading Standards????”
Anak perempuan saya merasa bingung ketika dia membuka kotak itu. Tidak sama seperti dalam gambar.
Dia telah membayar separuh wang untuk kek itu kepada pembuat kek tersebut dan apa yang diterimanya kelihatan seperti dibuat oleh seorang kanak-kanak. Secara jujurnya, ia sangat buruk.
Malah nama Graham juga tidak dieja dengan huruf besar.
Kek dicaj hampir RM300
Sue cuba menghubungi pembuat kek tersebut namun dia disekat dan halaman Facebook milik pembuat kek tersebut turut dinyahaktif.
Malah Facebook pemilik nama “Emma Beth Mh” turut dipadam.
Sue berkata, wanita tersebut pada awalnya enggan memulangkan wang kepada anaknya, namun dia kemudiannya mengembalikan £ 15 (RM81.50).
Walaupun kami ketawa mengenainya, saya masih ingin memberi amaran kepada orang lain bahawa terdapat pembuat kek palsu di luar sana yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual kek yang ‘mengerikan’.
Kek hari jadi yang ditempah khas itu dicaj sebanyak £50 (RM272).
Sumber: Mirror