Jururawat Didakwa Dengan Lapan Pembunuhan Bayi
Seorang jururawat didakwa membunuh lapan bayi dan cubaan membunuh 10 bayi lagi.
Lucy Letby, 30, akan hadir di mahkamah hari ini setelah siasatan terhadap sejumlah kematian yang berlaku di Hospital Countess of Chester, kata Polis Cheshire.
Pertuduhan membabitkan kes kematian dan kecederaan bayi antara Jun 2015 dan Jun 2016.
Pernah ditahan tahun 2018
Lucy dari Arran Avenue, Hereford, pertama kali ditangkap pada 2018 dan ditahan semula Selasa lalu selepas siasatan selama tiga tahun.
Suspek sebelum ini pernah ditahan pada 2018 dan 2019, tetapi dibebaskan tanpa didakwa.
Ini adalah masa yang sangat sukar bagi semua keluarga dan penting untuk diingat bahawa di tengah kemelut ini, ada sejumlah keluarga yang sedang berduka mencari jawapan mengenai apa yang terjadi pada anak-anak mereka.
Sumber: Mirror