Ibu Dikecam Buat ‘Manicure’ Pada Bayi
Baru-baru ini, seorang ibu telah diserang dan dikecam setelah berkongsi gambar kuku bayinya di media sosial.
Beberapa warganet yang terkejut melihat gambar itu menuduh wanita tersebut melakukan “penderaan kanak-kanak”.
Gambar itu kini berada di forum Reddit’s r/Trashy dan ia menunjukkan baby manicure dengan kuku si kecil berubah menjadi panjang dan runcing.
Kemungkinan gambar diedit
Ramai ibu bapa merasa marah dengan insiden itu, dengan lebih dari 300 orang memberi komen untuk berkongsi pendapat mereka.
Adakah ini dianggap sebagai penderaan atau bahaya jika kanak-kanak itu terluka dengan kuku ini?
Ada yang berkata, secara teknikalnya ia memberi bayi itu beberapa objek yang tajam.
Bayi itu boleh mengeluarkan matanya, teruknya ibu bapa.
WTF? Anda seharusnya menjaga kuku bayi agar pendek supaya dia tidak menggaru diri sendiri.
Namun begitu, ada beberapa pengguna di Reddit berpendapat bahawa foto itu mungkin diedit atau itu adalah kuku palsu yang dilekatkan pada kuku asal, kerana kuku bayi terlalu tipis untuk membentuk seperti itu.
Sumber: Mirror