Doktor Beri Amaran Jangan Letak Krim Ereksi Di Bibir
Satu trend terkini di TikTok mulai viral namun dikatakan pelik di mana pengguna menggunakan krim ereksi di bibir untuk menarik berjuta-juta perhatian.
Doktor telah memberi amaran supaya tidak mengambil bahagian dalam trend TikTok terbaru itu.
Trend tersebut yang dimulakan oleh pengguna TikTok, Jerry Mal, memaparkan bintang muda itu menunjukkan bagaimana dia menggunakan krim bantuan seksual untuk ‘kesan bibir mungil’ beberapa saat selepas sapuan.
Kesan sementara itu dikecam oleh mereka yang berada dalam bidang rawatan kosmetik, malah pakar turut terkejut dengan jumlah pengguna yang tergoda untuk mencubanya.
Jerry menjelaskan dia mendapat inspirasi untuk melakukan cabaran pelik itu dari sebuah filem.
Saya menonton filem di mana seorang gadis meletakkan krim ereksi di seluruh bibirnya dan ia menjadikannya sangat besar, jadi sekarang saya akan pergi untuk mencubanya. Saya lupa judul filem itu!
Bibir jauh lebih besar
Klip video Jerry telah menarik 3.5 juta tontonan, namun bintang TikTok itu tidak dapat mengekalkan krim tersebut selama lima minit penuh di bibir kerana mula rasa tidak selesa.
Bibirnya kelihatan jauh lebih besar selepas menggunakan krim tersebut dan ramai penonton tertarik untuk mencuba sendiri.
Pakar perubatan professional telah memberi amaran terhadap perkara itu dengan membantah tindakan Jerry kerana menggunakan platformnya untuk mempromosikan penggunaan krim dengan cara yang salah.
Individu yang mencuba kaedah ini boleh mengalami reaksi alergi seperti menyengat, sakit, lepuh dan bengkak yang tidak selesa.
Pakar turut mengatakan kesan sampingan lain selepas penyerapan krim masuk ke dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala, masalah tekanan darah dan kemungkinan masalah jantung juga.
Sumber: Daily Star