Bayi Tunjuk Jari Tengah Semasa Proses Imbasan
Sepasang kekasih terkejut setelah bayi lelaki mereka yang belum lahir menunjukkan jari tengahnya semasa melakukan imbasan 4D.
Jess Johnson, 24, dari Nantwich di Cheshire, membuat imbasan di klinik swasta supaya tunangnya David Lewis, 23, dapat melihat bayi mereka setelah tidak dibenarkan masuk ke hospital dengannya kerana sekatan disebabkan koronavirus.
Namun ibu bapa muda tersebut terkejut ketika bayi nakal mereka menunjukkan jari tengah sewaktu imbasan dilakukan pada kandungan minggu ke 30.
Cukup-cukuplah ambil gambar
Foto imbasan 4D yang kelakar itu menunjukkan bayi lelaki itu menutup wajahnya, menguap dan bergerak bertukar posisi.
Jess bergurau bahawa bayi itu seperti cuba memberitahu ibu bapanya cukup-cukuplah mengambil gambarnya dengan membuat isyarat jari tengah.
Kami masuk dan pakar mula mengimbas saya. Bayi agak pemalu. Dia tutup wajahnya dan menguap sedikit seolah-olah mengatakan dia semakin letih sekarang.
Lima minit terakhir imbasan bayi memutuskan memberi jari tengahnya kepada kami seolah-olah mengatakan “cukuplah ibu dan ayah, tinggalkan aku sendiri sekarang”.
Tidak sabar tunggu kelahiran
Jess yang kini hamil 38 minggu berkata mereka tidak sabar untuk bertemu dengan anak mereka.
Tunangnya, David dari Liverpool sangat gembira kerana dapat berada di ruang imbasan untuk melihat jari anak kecil itu bergerak.
Saya ketawa, saya terkejut ketika bayi menunjukkan jari tengahnya, walaupun wanita yang melakukan imbasan itu tidak dapat mempercayainya.
Sumber: Mail Online