‘Baby Shark’ Warna Putih Bermata Satu
Nelayan di Indonesia terkejut apabila mereka menemui seekor anak ikan jerung putih bermata satu.
Mereka menemukan tangkapan yang pelik itu di dalam seekor jerung dewasa yang telah mati dan terperangkap dalam jaring mereka.
Jumpa dalam perut jerung dewasa
Jerung Albino yang jarang kelihatan itu ditangkap di wilayah pesisir Maluku pada 10 Oktober lalu, namun bila para nelayan membelah perut jerung dewasa untuk membuang ususnya, mereka menjumpai jerung kecil itu di dalamnya.
Anak jerung itu hanya mempunyai satu mata di tengah kepalanya dan sirip kecilnya sudah terbentuk.
Salah seorang nelayan, Andy, memberitahu kepada media;
Kami menjumpai tiga ekor bayi jerung di dalam perutnya, tetapi salah satunya kelihatan aneh dengan hanya satu mata. Warnanya juga pelik, seperti susu.
Anak kapal menyerahkan bayi jerung itu kepada pihak berkuasa marina tempatan untuk pemeriksaan lanjut.
Kemungkinan kecacatan kelahiran
Laporan mengatakan bahawa anak ikan jerung itu kemungkinan mengalami Cyclopia, kecacatan kelahiran di dalam spesis yang boleh menyebabkan embrio hanya membentuk satu mata.
Ia juga mempunyai Albinisme, yang bermaksud anak jerung itu menghasilkan melanin dalam jumlah yang rendah yang menghasilkan pigmen.
Ini bukan pertama kali jerung cyclops ditangkap.
Seorang nelayan di Amerika Syarikat pernah mencetuskan rasa tidak percaya ketika dia berjaya menangkap ikan yang sama anehnya pada tahun 2011.
Enrique Lucero León menangkap seekor jerung albino cyclops betina dengan sebelah mata di laut lepas Mexico.
Sumber: Mirror