‘Baby Shark’ Mutan Dengan Wajah Manusia
Seorang nelayan di Indonesia telah menangkap seekor anak jerung namun ia kelihatan agak pelik.
Haiwan itu mempunyai ‘wajah manusia’ dan kelihatan seperti hantu Casper the Friendly Ghost.
Abdullah Nuren, 48, memancingnya di laut berdekatan Rote Ndao di wilayah Nusa Tenggara Timur.
Abdullah menangkap ibu jerung yang tersangkut di jaring pukatnya, kemudian memotong perutnya dan menjumpai tiga fetus.
Dua daripadanya kelihatan seperti biasa yang kita lihat, tetapi salah satu darinya kelihatan seperti manusia yang boleh berbicara mengenai kehidupan di laut dalam dengan anda.
Enggan menjual bayi jerung
Nelayan tersebut membawa pulang bayi jerung itu pulang ke keluarganya yang kemudiannya turut membantu memeliharanya.
Abdullah mengatakan ada jiran yang menawarkan diri untuk membeli jerung tersebut tetapi dia enggan menjualnya.
Rumah saya dipenuhi orang ramai untuk melihat jerung itu. Ramai yang mahu membelinya tetapi saya akan menyimpannya.
Menurut Abdullah, dia merasakan bayi jerung itu akan membawa tuah kepadanya.
Sumber: Metro UK