Anak Ular Dalam Bungkusan Salad
Sebuah keluarga dari Mosman, Sydney, Australia, berada dalam ketakutan ketika mereka menemui ular berbisa di dalam beberapa helaian daun salad yang dibeli di pasaraya Aldi.
Anak lelaki Lesley Khun yang menemui ular berkepala pucat, menelefon Wildlife Information, Rescue and Education Service (WIRES) yang kemudiannya datang untuk mengambil ular tersebut.
WIRES memberitahu media tempatan bahawa menjumpai ular dalam produk segar adalah ‘sangat tidak biasa’, dan menyatakan mereka akan mengembalikan haiwan itu ke habitat semula jadinya.
Kami tidak rasa orang ramai harus panik atau bimbang tentang kejadian ini.
Ular spesis berbisa
Ular berkepala pucat adalah spesis berbisa yang diketahui cepat gelisah dan akan bertahan jika merasa terancam.
Meskipun belum ada yang mati kerana ular ini, gigitannya dapat menyebabkan gejala serius seperti sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, sakit setempat dan pendarahan yang tidak normal.
Cik Kuhn telah berkongsi gambar sayur-sayurannya yang tercemar di Facebook dan memberi amaran kepada orang lain untuk memeriksa bungkusan salad mereka.
Jurucakap Aldi memberitahu news.com.au, mereka telah bekerjasama dengan pelanggan dan pasukan di WIRES untuk mengenal pasti habitat semula jadi ular itu, yang pastinya bukan dari pasaraya Aldi.
Pihak kami dan pembekal produk akan menyiasat bagaimana kejadian ini boleh berlaku.
Sumber: Metro UK