9 Ahli Keluarga Maut Lepas Makan Mee Ditinggalkan Dalam Peti Sejuk
Sembilan orang dari keluarga yang sama meninggal dunia setelah makan mee yang ditinggalkan di dalam peti sejuk.
Mee tersebut yang disimpan di dalam peti sejuk lebih dari setahun, mengandungi tepung jagung yang diperam, telah meracuni keluarga tersebut dengan asid bongrekik.
Tujuh orang dewasa dari bandar Jixi, wilayah timur laut Heilongjiang di China, meninggal dunia pada 10 Oktober lalu setelah memakan hidangan bernama Suantangzi, sebuah makanan tempatan China, lima hari sebelumnya.
Anggota keluarga terakhir yang memakan mee sup tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Li, meninggal dunia pada hari Isnin.
Tiga orang kanak-kanak yang turut dihidangkan makanan mee itu dalam sebuah majlis keluarga itu bernasib baik kerana enggan memakannya disebabkan mereka tidak menyukai rasanya.
Asid bongrek sering membawa maut
Gao Fei, Pengarah Keselamatan Makanan di Heilongjiang Centre for Disease Control and Prevention memberitahu China News Service bahawa keracunan asid bongrek sering membawa maut.
Gejala keracunan bongrek biasanya bermula dalam beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar, termasuk sakit perut, berpeluh, kelemahan genera dan akhirnya koma.
Kematian boleh berlaku dalam 24 jam.
Ia boleh menyebabkan kerosakan serius pada banyak organ manusia termasuk hati, ginjal, jantung dan otak. Ketika ini, tiada penawar khusus.
Bongkrèk hidangan tradisional Indonesia telah dilarang kerana dikaitkan dengan begitu banyak kematian. Antara tahun 1951 dan 1975, rata-rata 288 keracunan dan 34 kematian yang disebabkan oleh asid bongkrek dilaporkan di Indonesia setiap tahun.
Sumber: Mirror