Takut Beritahu Ibu, 53 Tahun Syiling Berada Dalam Hidung
Sekeping duit syiling telah dikeluarkan dari hidung seorang lelaki selepas lebih dari setengah abad.
Lelaki dari Russia, 59, berusia enam tahun ketika dia memasukkan syiling tersebut ke dalam lubang hidung kanannya.
Kerana “terlalu takut” dengan ibunya untuk mengakui apa yang telah dilakukannya, dia memilih untuk tidak memberitahu ibunya yang “tegas” dan kemudiannya dia “terlupa” terus.
Baru-baru ini, lelaki tersebut pergi ke hospital dan mengadu dia tidak dapat bernafas melalui lubang hidung kanannya.
Setelah menjalani pemeriksaan, hasil siasatan menunjukkan penyumbatan yang tidak disangka di saluran hidung.
Batu terbentuk di sekitar duit syiling
Rhinolith – batu di rongga hidung – telah terbentuk di sekitar duit syiling, secara rasmi bernilai sekitar satu sen pada masa itu.
Pakar perubatan menjalankan pembedahan endoskopi dengan anestetik umum untuk membuang batu dan mengambil duit syiling kopek Soviet dari hidungnya selepas 53 tahun.
Wang tersebut tidak lagi digunakan di Rusia setelah kejatuhan Uni Soviet pada tahun 1991.
Malah, lambang tukul dan sabit tidak lagi kelihatan pada duit syiling itu.
Lelaki tersebut kini mampu bernafas seperti sedia kala.
Sumber: Mirror