Rambut Unik Seperti Albert Einstein
Seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun dengan keadaan genetik yang jarang berlaku menerima keadaan dirinya yang mempunyai rambut halus, kering dan kembang.
Shilah Madison Calvert-Yin, dari Melbourne, Australia, telah memiliki rambut halus dan kembang sejak dia masih bayi lagi.
Dia dilahirkan dengan sindrom rambut yang sukar diurus (uncombable hair syndrome), di mana helaian rambutnya berbentuk hati dan kehilangan protein yang membuatnya lurus.
Digelar ‘fluffhead’ di sekolah
Shilah sering diejek dengan mengatakan ia kelihatan seperti “dia meletakkan jarinya di soket kuasa” dan ada juga mengatakan dia kelihatan seperti Albert Einstein.
Shilah pernah memotong rambutnya sendiri kerana kecewa namun kini dia berbangga dengan keunikan yang dimilikinya.
Ibunya, Celeste, 39, mencipta akaun atas nama Shilah di Instagram pada tahun 2017, yang mempunyai lebih dari 15,000 pengikut, untuk menunjukkan kepada kanak-kanak lain bahawa tidak ada salahnya menjadi berbeza.
Saya sering diejek dan dipanggil ‘fluffhead’ di sekolah – itu tidak baik.
Saya secara peribadi menyukainya sekarang tetapi pada masa yang sama membencinya, terutamanya ketika berangin. Saya tidak dapat melihat!
Nampak berbeza seawal umur tiga bulan
Celeste tahu anak perempuannya berbeza ketika dia baru berusia tiga bulan.
Rambut Shilah ketika itu bewarna coklat, aneh dan mula tumbuh menegak.
Celeste mengatakan orang akan sering cuba menyentuh atau mengambil gambar Shilah tanpa meminta keizinan.
Pada mulanya memang agak menjengkelkan kerana budak-budak lain ingin menyentuh dan menarik rambutnya.
Umur tujuh tahun baru tahu perkara sebenar
Pada tahun 2014, Shilah mengambil bahagian dalam aktiviti bertemakan Jurassic Park untuk kanak-kanak di sebuah pusat membeli-belah dan mengenakan kot makmal.
Ramai menyamakannya dengan Doc Brown dari filem Back To The Future. Ia sama seperti Doc atau Einstein.
Shilah tidak didiagnosis dengan sindrom rambut yang sukar diurus sehinggalah dia berusia tujuh tahun dan ia dikesan oleh doktor gigi.
Doktor giginya bimbang tentang betapa lemahnya giginya dan pakar bius yang dijadualkan dengan Shilah adalah orang yang memerhatikan rambutnya dan memberitahu kami mengenai sindrom rambut yang kering dan sukar diurus itu.
Celeste akui dia terkejut, menangis dan teruja pada masa yang sama kerana akhirnya dia ada jawapan untuk semua soalan yang menghantuinya bertahun-tahun selama ini.
Sumber: Mirror