Potong Hidung, Tambah Tanduk Untuk Kelihatan Seperti Watak Jahat ‘Red Skull’
Seorang artis tatu yang berpusat di Galicia, Henry Rodriguez, telah menjalani 15 pembedahan yang menyakitkan, termasuk amputasi separa hidung, untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti watak penjahat Marvel.
Rodriguez berkata, dia tidak menyesal melakukan perubahan pelik itu, bahkan dia gembira apabila anaknya menggelarkannya sebagai ‘ayah luar biasa’.
Minat mendalam terhadap watak jahat
Artis tatu berusia 34 tahun itu memutuskan untuk mengubah hidupnya sepenuhnya pada tahun 2012 kerana minat mendalam dengan watak jahat Captain America yang pertama.
Sebelum membuat keputusan melakukan pembedahan, dia pernah berbincang dengan doktor pakar untuk melihat watak sesuai untuk ditirunya pada 2011.
Saya mahu lakukan sesuatu yang unik. Idea awalnya ialah tengkorak dan semasa doktor menunjukkan drafnya, saya terus nampak watak Red Skull.
Lakukan transformasi tanpa pengetahuan keluarga
Rodriguez akui semua pembedahan itu menyakitkan namun kesakitan itu adalah sebahagian dari mengejar impiannya.
Ini adalah semangat. Ia seperti berlari, tanpa rasa sakit tidak ada untungnya. Ia adalah sebahagian daripada tarikan.
Rodriguez menjalani transformasinya tanpa pengetahuan keluarganya sekembalinya dia ke Venezuela.
Walaupun penampilannya berbeza, Rodriguez mengatakan hari-harinya cukup normal dan kehidupannya di kedai tatu sangat sesuai dengan penampilannya.
Sumber: The Sun