Pemilik Beli Tempat Duduk Kereta Api Untuk Kucing
Seorang pencinta kucing di Russia telah membeli semua tempat duduk di ruang kompartmen kereta api yang dinaikinya untuk kucing-kucing peliharaannya.
Sekeping gambar yang diambil oleh seorang saksi yang melihat kejadian itu menunjukkan tiga ekor kucing sedang memandang ke luar tingkap dari tempat duduk atas sebuah kereta api telah menjadi viral di media sosial Russia awal bulan Oktober.
Seorang pengguna media sosial berkongsi gambar tersebut di Telegram dengan tajuk What’s Up in Moscow;
Seorang penumpang yang menuju dari Moscow ke Anapa (bandar perangian di selatan) membeli seluruh kompartmen untuk kucingnya.
Tiada maklumat lanjut diberikan.
Boleh bawa haiwan peliharaan
Пассажир выкупил все купе поезда "Москва – Анапа" для своих котов.
Самые важные пассажиры pic.twitter.com/wZhZlHXwmW
— Дикая Москва (@WildWildMoscow) October 8, 2020
Pemerhati di media sosial melabelnya sebagai kotokupe yang diterjemahkan sebagai “petak kucing”.
Menurut akhbar kerajaan Rossiiskaya Gazeta, perkhidmatan kereta api Rusia kendalian North Caucasus Railway bagi wilayah Krasnodar mendapatkan maklumat lanjut daripada konduktor kereta api mengenai perkara tersebut.
Russia membenarkan penumpang membawa haiwan peliharaan menaiki kereta api awam selagi mereka membayar tempat duduk yang berasingan untuk haiwan mereka dan haiwan tersebut harus ditempatkan di ruang pengangkut perjalanan.
Sumber: The Moscow Times