Muzium Lilin Terburuk Di Dunia, Pelawat Tak Boleh Cam Selebriti
Sebuah gereja di Brazil dilaporkan telah membuka satu tempat tarikan pelancongannya sendiri.
Sebuah berita tempatan melaporkan patung yang dihasilkan dari lilin itu menampilkan tokoh-tokoh terkemuka gereja Katolik dan selebriti terkenal seperti Charlie Chaplin dan Marilyn Monroe.
Kecewa dengan hasil dipamerkan
Seorang pengguna Twitter, David Paxton berkongsi rakaman berita dari UNITV dengan kapsyen: “Sebuah gereja Brazil memutuskan untuk membuat muzium mini lilin sendiri”.
Rata-rata yang telah menonton klip berita tersebut terkejut dengan apa yang dipamerkan di muzium lilin tersebut.
Pelawat yang telah melawat muzium tersebut juga kecewa dengan hasil yang dipamerkan sehingga tidak dapat mengecam selebriti termasuklah Puteri Diana.
Rahang jatuh ke lantai
Puteri Diana, Nelson Mandela dan Elvis Presley dikatakan antara selebriti muzium lilin terburuk di dunia di situ.
Ya Tuhan, ini adalah buruk. Rahang saya jatuh ke lantai bila lihat ‘Elvis Presley’ dan saya hampir terjatuh ketika pemberita menunjukkan ‘Nelson Mandela’.
Beberapa hasil kerja patung dari lilin dikatakan lebih mirip seperti selebriti lain yang sudah meninggal dan berbeza daripada yang sepatutnya.
Saintis Jerman Albert Einstein, peguam India Mahatma Gandhi dan bekas presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy antara patung-patung lilin yang dipamerkan di muzium tersebut.
Sumber: Mail Online