Mickey Mouse, Donald Duck, Snow White ‘Dipanggil Ke Mahkamah’
Sebilangan besar watak kartun Disney akan hadir di Mahkamah Stoke Crown hari ini, jika senarai rasmi yang dikeluarkan boleh dipercayai.
Mickey Mouse, Donald Duck dan Sleeping Beauty semuanya muncul dalam senarai mahkamah hari Khamis, lengkap dengan nombor kes mereka sendiri.
Senarai yang melibatkan watak kartun Disney yang dijadualkan menghadap hakim turut menyertakan nama-nama defendan yang sebenar.
Buzz Lightyear dan Road Runner turut terlibat
Namun kerana kesilapan pentadbir, Mickey, Minnie, Tinker Bell, Donald Duck dan Snow White akan tampil ‘untuk disebutkan’ ketika prosiding bermula pada pukul 10 pagi.
Bugs Bunny, Cruella Deville, Daphne Duck, Buzz Lightyear dan Road Runner dijadualkan selepas jam 3 petang hari yang sama.
Seorang pengguna media sosial telah menjawab kesalahan tersebut berkaitan dengan ujian Digital Audio Recording Transcription and Storage (Darts).
Mereka telah membuat draf ini sepanjang minggu, tetapi saya tidak menyangka nama-nama terbabit akan berjaya ke final! Rupa-rupanya ia berkaitan dengan ujian DARTS.
Mahkamah lain hanya letak ‘test 1’, ‘test 2’.
Minta maaf kerana salah guna nama
Di Twitter, mahkamah HM kemudiannya meminta maaf kerana telah mengecam watak-watak Disney dan menyalahkan penyalahgunaan tersebut semasa sistem dinaik taraf.
Maaf di atas kesalahan tersebut – kami telah menguji penambahan baru ke atas sistem pengurusan kes kami dan nama-nama itu dibuat sebagai kes ujian tetapi seharusnya ia dihapuskan sebelum senarai dikeluarkan/diterbitkan.
Senarai akhir telah dikemas kini secara dalam talian oleh pasukan tempatan dan nama serta kes ujian telah dihapuskan.
Sumber: Metro UK