Merpati “Terlalu Malas Terbang” Naiki Keretapi Penumpang
Sebuah rakaman video sepasang burung merpati dengan tenang menaiki kereta api dan melangkah ketika pintu terbuka telah menarik perhatian penumpang, dengan beberapa orang mendakwa burung tersebut tahu apa yang mereka lakukan.
Dalam klip yang dimuat naik di TikTok oleh @farohnatt, burung-burung itu berdiri berdekatan dengan pintu kereta api sambil menyaksikan pemandangan bandar yang dilewati oleh mereka di Sydney, Australia.
Ketika kereta api mulai perlahan dan berhenti di sebuah stesen, burung tersebut kelihatan mendongak.
Pintu automatik kemudiannya terbuka dan bukannya terkejut, tetapi burung tersebut dengan yakin turun ke platform dengan sedikit melompat.
Geli hati dengan gelagat burung merpati tersebut, lelaki itu terus merakam aksi mereka sambil mengucapkan selamat tinggal di tingkap.
Ini bukan kali pertama mereka
Video tersebut dengan kapsyen “Burung tidak mahu terbang jadi naik kereta api dari Central ke Redfern” telah ditonton lebih dari 449,000 kali sejak ia dimuat naik pada 14 November lalu, dengan ramai terpegun dengan tingkah laku burung merpati itu.
Mereka hanya berjalan seperti penumpang biasa. Mereka pasti pernah melakukannya sebelum ini.
Sesuatu memberitahu saya bahawa ini bukan kali pertama mereka.
Ramai netizen meninggalkan komen yang lucu selepas menonton klip tersebut.
Sumber: Daily Star, TikTok @farohnatt