Lupa Tanggalkan Topeng Muka Untuk Tukar Lesen
Topeng muka telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kini di mana sebilangan orang sukar untuk ingat bila perlu menanggalkannya.
Ketika Lesley Pilgrim, 25, memerlukan gambar baru untuk lesen memandu, dia telah pergi ke pejabat tersebut dengan memakai topeng untuk melindungi dirinya daripada virus.
Namun dia telah mengambil langkah terlalu berhati-hati dan dengan senang hati dia beraksi untuk bergambar dengan topeng di wajahnya.
Jurugambar yang terperasan dengan insiden itu lalu memintanya untuk membuka topeng sebelum gambar kedua diambil.
Berjaya guna dua kali
Tidak sampai seminggu kemudian ketika lesen barunya dipos ke rumah tiba, Lesley menyedari bahawa mereka telah mencetak gambar yang pertama.
ID tersebut mungkin sah tetapi pihak berkuasa di Orange County, California, memintanya untuk memulangkan lesen tersebut untuk penggantian secara percuma.
Pada mulanya, saya hanya memandangnya. Perlu sedikit masa untuk memprosesnya.
Kemudian saya mula berfikir, oh tidak, sebagai pelajar undang-undang ini tidak sah.
Lesley berfikir, jika dia tunjuk lesen itu kepada seorang polis, polis akan menganggapnya palsu dan dia akan mendapat masalah.
Saya mula fikir semua kesan undang-undang.
Lesley turut berkongsi kisah itu dengan kawan-kawannya dan mereka semua hanya mentertawakannya.
Walaupun bimbang lesennya tidak sah, namun Lesley telah berjaya menggunakannya dua kali sementara dia menunggu lesen yang baru siap.
Sumber: Metro UK