Kucing Nakal Sentiasa Bawa Balik Pakaian Dalam Orang Asing
Kee Kee, kucing yang berusia tujuh tahun memiliki tabiat yang agak pelik kerana ia sering mencuri seluar dalam orang dan membawanya pulang ke rumahnya.
Tabiat yang telah menjadi kebiasaannya itu sedikitpun tidak membuatkannya cuba untuk mengatasi ketagihan peliknya.
Namun ia telah menimbulkan sedikit rasa malu kepada pemiliknya, Georgia Careless.
Gemar pilih pakaian dalam dari benda lain
Setakat ini, Kee Kee telah membawa sarung kaki, seluar dalam malah bikini mahal jenama Ted Baker.
Georgia percaya kucing kesayangannya menyelinap masuk ke rumah jiran melalui tingkap, pintu dan penutup laluan kucing yang terbuka, tetapi dia tidak tahu mengapa Kee Kee memilih pakaian dalam daripada benda lain.
Beberapa penemuan yang lain termasuklah bulu tangkis.
Senaraikan barang hilang di Facebook
Georgia, 21, dari Wells, Somerset, kini harus mengembalikan beberapa barang yang lebih mahal dengan menyenaraikannya di Facebook.
Dia membawa pulang barang yang pelik-pelik, kami memanggilnya ‘Naughty Torty’.
Perangai kucingnya menjadi-jadi pada musim panas, ketika ramai orang membiarkan pintu rumah terbuka.
Dia pandai dan tidak pernah tertangkap.
Pernah satu hari dalam masa setengah jam, Kee Kee membawa pulang lapan pasang stokin, satu demi satu.
Sumber: Metro UK