Kenapa Kucing Takut Dengan Timun?
Ramai netizen telah berkongsi video reaksi ekstrem kucing mereka terhadap timun.
Dengan meletakkan timun di belakang kucing ketika sedang makan nampaknya ia telah mengejutkannya, menyebabkan ada sesetengah kucing melompat ke udara kerana ketakutan.
Uji trik pada kucing
Tren tersebut telah menghasilkan subReddit khusus yang disebut ‘CucumbersScaringCats’, di mana pengguna telah memuat naik video mereka tatkala mereka menguji trik tersebut pada kucing mereka sendiri.
Jill Goldman, seorang ahli perilaku haiwan yang diperakui berkata kepada National Geographic bahawa timun memicu refleks mengejutkan pada kucing.
Dengan tindak balas yang mengejutkan, kucing akan sering berusaha keluar dari sesuatu situasi secepat mungkin dan kemudian menilainya semula dari jauh.
Bukan perkara yang baik
Pengarang Think Like a Cat, Pam Johnson-Bennett turut memberi pendapat tentang isu tersebut.
Meletakkan timun berhampiran tempat kucing makan boleh mengelirukan kucing tersebut, kerana mereka sering mengaitkan kawasan itu sebagai selamat dan terkawal.
Ada kemungkinan kucing boleh mengaitkan timun dengan ular, yang boleh menjadi pemangsa yang membunuh.
Sekiranya anda mencetuskan tekanan pada haiwan, ia sememangnya bukan perkara yang baik.
Sumber: Independent