Kawan Buat Kejutan Tapi Tukang Kek Buat Kesalahan
Baru-baru ini, seorang wanita cuba melakukan kejutan ulang tahun untuk sahabatnya.
Wanita yang tidak disebutkan nama dari Amerika Syarikat itu telah memesan sebiji kek coklat sempena hari jadi dan memberitahu mesej yang ingin ditulis dengan icing di bahagian atas.
Namun, berlaku salah faham antara permintaannya dan hiasan kek tersebut, kerana apabila kek itu tiba, ternyata ada kesalahan besar yang nyata.
Sepatutnya ucapan ‘Selamat Hari Lahir’ diikuti nama seseorang, atau hanya ‘Selamat Hari Lahir’ menjadi kebiasaannya, namun mesej yang tertera bertulis “Selamat Hari Lahir diatasnya terima kasih”.
Gambar kek dikongsi dalam forum
Gambar kek tersebut telah dikongsi di forum Reddit’s Cake Fails.
Rakan hantar kek kepada ibu saya, dia bahkan menulis tanda seru dan semuanya!
Ahli-ahli di dalam forum tersebut sangat tidak berpuas hati dengan pembuat kek tersebut dengan melabelkannya “bodoh”
Saya tidak faham bagaimana orang seperti itu dapat bertahan dalam hidup cukup lama untuk melakukan sesuatu seperti ini.
Namun begitu, ada juga yang mengatakan orang lain tidak adil kerana bahasa Inggeris mungkin bukan bahasa utama pembuat kek tersebut.
Bahasa Inggeris mungkin bukan bahasa pertama mereka sehingga mereka hanya mengikuti permintaan yang diberikan kepada mereka mengikut pemahaman sendiri.
Sumber: Mirror