Gaya Rambut Mencurigakan, Lelaki Sembunyi Emas Bawah Rambut Palsu
Dua lelaki ditangkap di lapangan terbang kerana cuba menyeludup wang tunai dan emas yang disembunyikan di bawah rambut palsu mereka.
Pegawai kastam yang mempunyai penglihatan tajam seperti seekor helang telah menahan pasangan itu ketika mereka cuba beredar kerana “gaya rambut mereka yang mencurigakan”.
Setelah diperiksa dengan lebih teliti, sepaket emas seberat 698 gram telah dijumpai tersembunyi di bawah rambut palsu itu.
Apabila rambut palsu dicabut, satu bungkusan hitam berisi wang tunai dan emas didapati dilekatkan pada kepala lelaki itu.
Emas juga dijumpai tersimpan di dalam stokin kaki serta rektum mereka.
Magroob Akbarali dan Zubair Hassan Rafiyutheen kemudian ditangkap di terminal setelah tiba di Chennai, India, dari Dubai.
Rampas emas 5.55 kg
Pegawai Kastam Udara mengatakan mereka telah merampas emas dan mata wang asing bernilai £ 278,000 (RM 1.5 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India pada 21 Mac lalu.
Dalam satu kenyataan, pegawai melaporkan terdapat rampasan emas sejumlah 5.55kilogram daripada penumpang yang tiba dan berangkat ke negara-negara Teluk dua hari sebelum itu.
Emas itu tersembunyi dengan pelbagai cara termasuk di bawah rambut palsu, di dalam stokin dan juga rektum mereka.
Enam orang kesemuanya telah ditangkap kerana cuba menyeludup emas.
Sumber: Mirror