Doktor Bingung Ikan Masih Hidup Selepas Operasi Menyelamat
Seorang doktor di Mesir telah ditugaskan mengeluarkan seekor ikan hidup yang menyekat saluran pernafasan seorang nelayan setelah ia tersangkut ketika sedang berenang.
Lelaki yang tidak disebutkan namanya itu, dikejarkan ke Hospital Pakar Beni Suef setelah mengalami masalah pernafasan kritikal berikutan kejadian itu.
Letak ikan di mulut
Nelayan malang itu berenang di dalam air dengan sahabatnya ketika dia menangkap ikan.
Sebelum dia sempat meletakkan ikan yang ditangkap ke dalam jaring yang dibawa, dia terlihat ikan yang lain lalu memasukkan ikan pertama ke dalam mulut sementara menangkap ikan yang kedua.
Namun malang baginya, ikan di mulutnya tiba-tiba berenang ke dalam mulut dan menyekat saluran pernafasannya.
Dia terus dibawa ke hospital dengan ikan yang masih ada di dalamnya.
Tersekat bahagian atas trakea
Operasi untuk mengeluarkan haiwan itu dilakukan setelah doktor menjalankan pemeriksaan untuk melihat apa yang menghalang saluran pernafasannya.
Mereka terkejut ketika mengetahui puncanya adalah seekor ikan dan ianya masih hidup.
Doktor yang bertugas mengatakan ikan tersebut telah menyekat bahagian atas trakea pesakit dan dia mula sembuh sebaik sahaja dikeluarkan.
Nelayan tersebut masih dalam pemerhatian dalam rawatan intensif ketika proses pemulihan dari kejadian itu.
Tidak dapat dijelaskan bagaimana nelayan itu memancing di dalam air untuk menangkap ikan, dengan beberapa penduduk tempatan hanya menggunakan tombak dan jaring.
Sumber: Daily Star