Budak 3 Tahun Pesan ‘McDonald Feast’ Bernilai RM300
Seorang budak lelaki berusia tiga tahun berjaya menggunakan telefon bimbit ibunya untuk memesan set jamuan McDonald besar yang dihantar dalam 10 buah beg semasa perintah berkurung.
Ibunya Raissa Andrade, 32, meninggalkan telefonnya terbiar sebelum dijumpai oleh anak lelakinya Tom yang kemudian menggunakannya untuk memesan makanan dalam kuantiti yang besar.
Apa yang menakjubkan, 10 beg makanan itu berjaya dihantar terus ke alamat mereka di kota Recife, Brazil.
Raissa berkata, kerana pandemik, mereka sering membuat panggilan pesanan makanan dan anaknya sering melihat apa yang dilakukannya dan meniru apa yang dilihatnya.
Tom membuat pesanan, malah memanfaatkan tawaran promosi untuk memesan set fiesta dan berjaya mengesahkan alamat untuk penghantaran.
Kecewa tiada mainan “minion kuning”
Antara makanan yang dipesan ialah enam set makanan promosi, enam set Happy meal, lapan mainan dengan tawaran istimewa, 10 milkshake, lapan botol air dan 2 McSundae’s.
Namun, budak kecil itu agak kecewa dan mengeluh pada ibunya selepas mengeluarkan semua makanan dari beg dan mendapati “minion kuning” yang dipesan belum dihantar termasuklah pai epal.
Raissa mengatakan dia telah pergi berjumpa doktor dan sekembali ke rumah, dia ingin mandi dulu kerana mengikuti prosedur kesihatan koronavirus tanpa menghiraukan anaknya yang kelaparan.
Tidak sabar menunggu, Tom membuat pesanan makanan berharga BRL400 (RM305) yang akhirnya diagih-agihkan kepada ahli keluarga yang tinggal di bangunan yang sama.
Saya mendapat panggilan dari penerima mengatakan ada penghantaran.
Ketika Raissa menyedari anaknya telah memesan 10 beg makanan, dia tidak boleh berhenti ketawa dan tidak juga memarahinya.
Sumber: Mirror